Profil

Saya, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ, pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dari 2021 hingga 2022.

Sebelum itu, saya memegang dua portfolio lain iaitu Menteri Belia dan Sukan (2013–2018) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2020–2021).

Sebagai Menteri Kesihatan, saya diberi amanah untuk menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada tahun 2021, termasuk mengetuai pasukan khas pelaksanaan vaksinasi bagi seluruh rakyat Malaysia.

Kini, saya merupakan hos audiosiar Keluar Sekejap; podcast nombor satu Malaysia yang mengupas isu politik, dasar awam dan denyut semasa negara, termasuk dialog mendalam bersama pemimpin serta tokoh dari Malaysia dan rantau ASEAN. Saya juga berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM, stesen radio popular di Malaysia.

Pendidikan

United World College of South East Asia

Secondary Education (1994)

University of Oxford

BA, Philosophy, Politics & Economics (1997)

University College London

MA, Legal & Political Theory (1998)

Peribadi

Dilahirkan pada 10 Januari 1976, saya merupakan anak jati Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan melalui sebelah bapa.

Saya adalah anak kepada Jamaluddin Abu Bakar dan Rahmah Abdul Hamid. Bapa saya, Jamaluddin, bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan juga merupakan alumni Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Ibu saya, Rahmah, merupakan pengasas bersama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI).

Pada tahun 2001, saya mendirikan rumah tangga dengan Nori Abdullah, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kami dikurniakan tiga orang cahaya mata; Jibreil Ali Khairy, Timor Abdullah Khairy dan Raif Averroes Khairy.

Pengalaman

Saya memulakan kerjaya sebagai wartawan di The Economist, meliputi isu geopolitik dan dasar antarabangsa, memberi pendedahan awal terhadap dinamika global dan dasar awam.

Mengacarakan program hal-ehwal semasa yang mengupas isu politik dan media, membentuk reputasi sebagai suara muda yang kritikal dan lantang.

kj-khairyjamaluddin-dateline-malaysia-1

Menyokong urusan dasar, komunikasi strategik dan penyelarasan pentadbiran peringkat tertinggi.

kj dan paklah

Mengurus analisis dasar, penyediaan ucapan dan koordinasi antara kementerian.

kj dan paklah berbincang

Mengurus projek penggabungan, pemerolehan dan penstrukturan korporat.

Membantu mengurus dan mengukuhkan organisasi politik UMNO di peringkat bahagian Rembau.

Memainkan peranan penting dalam sayap pemuda untuk mengangkat martabat belia dalam negara.

Memperkukuh agenda pembiayaan dan pembangunan keusahawanan Bumiputera.

ucapan kj di punb

Menyeru agar kepimpinan FAM diperkukuh dengan amalan tadbir urus dan pengurusan profesional, termasuk menarik pemimpin dari dunia korporat.

Mewakili kawasan Rembau di Dewan Rakyat selama tiga penggal.

2008 - 2018: Ketua Pemuda, UMNO & Pengerusi Pemuda, BN

Memimpin sayap pemuda selama sedekad, mengarusperdanakan penyertaan belia dalam dasar dan politik negara.

• Menggerakkan siri Townhall Pemuda di seluruh negara sebagai platform dialog terbuka dengan anak muda.
• Memperkenal Jom Belajar Koding untuk pendedahan awal dunia digital dan pengaturcaraan.
• Memperluas program pembangunan kemahiran seperti ProSkill dan Simposium Pengurusan Ringgit – SUPER bagi celik kewangan belia.
• Menubuhkan BNYV (Barisan Nasional Youth Volunteers) sebagai jentera sukarelawan anak muda.
• Menganjur dan memacu BN Youth Job Fair serta BN Expo Home bagi peluang pekerjaan dan pemilikan rumah.
• Konsisten menyuarakan keperluan menaikkan gaji minimum demi kebajikan golongan muda bekerja.
• Menggerakkan Jelajah 1Malaysia – Baiki Rumah, fokus baik pulih rumah dan kebajikan komuniti berpendapatan rendah.

2013 - 2018: Menteri Belia & Sukan

Memodenkan landskap belia dan sukan termasuk inisiatif #FitMalaysia dan pembangunan ekosistem sukan berprestasi tinggi.

• Memperkasa Hari Sukan Negara sebagai agenda sukan massa tahunan peringkat nasional.

• Mengukuhkan pembangunan bakat bola sepak akar umbi melalui NFDP (National Football Development Programme).
• Memperkenalkan YEN – Youth Entrepreneurship Network sebagai rangkaian usahawan belia.
• Menggerakkan Fit Malaysia untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif.
• Mengetuai dasar dan suara belia dalam inisiatif TN50, mengangkat aspirasi generasi masa depan ke meja dasar negara.
• Mengetuai penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, salah satu edisi paling berjaya dengan pencapaian rekod 145 pingat emas, menjadikan Malaysia juara keseluruhan buat kali pertama sejak 2001.

Membantu mengurus dan mengukuhkan organisasi politik UMNO di peringkat bahagian Rembau.

Mengetuai peranan semak dan imbang dalam bidang kewangan bagi pihak pembangkang.

Merangka dasar inovasi negara dan menyediakan asas kepada pelaksanaan vaksin COVID-19.

• Memacu penggabungan TPM & MaGIC menjadi MRANTI, hab inovasi dan komersialisasi teknologi negara.
• Menubuhkan NTIS – National Technology & Innovation Sandbox bagi mempercepat pembangunan, ujian dan penerapan teknologi tempatan.

2021 - 2022: Menteri Kesihatan

Menerajui strategi kesihatan negara semasa pandemik dan menyelaras PICK.

 

• Mengusulkan dan memacu pembangunan Kertas Putih Kesihatan (KPK) Malaysia untuk mereformasi sistem kesihatan negara secara menyeluruh dan berjangka panjang (selama 15 tahun), menjadikannya lebih mampan dan berdaya tahan.
• Memperkenal dasar GEG – Generational End Game untuk membendung generasi baharu daripada ketagihan rokok dan vape.
Menambah kuota lantikan doktor tetap dan lantang memperjuangkan penyelesaian isu doktor kontrak.
• Mengetuai dan menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai tulang belakang strategi keluar pandemik negara.
• Mempercepat perolehan dan ketibaan vaksin, memastikan akses kepada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan kombinasi heterologous bagi menambah keberkesanan perlindungan.
• Mengatur semula strategi vaksinasi sehingga Malaysia mencapai salah satu kadar vaksinasi terpantas di dunia.
• Mengemudi fasa pemulihan sistem kesihatan selepas gelombang besar varian Delta, termasuk pengukuhan kapasiti hospital dan tindak balas kecemasan.

2023 - KINI: Hos Audiosiar Keluar Sekejap

Bersama Shahril Hamdan, mengupas isu-isu politik dan semasa dengan pendekatan yang santai serta bahasa yang mudah difahami. KS berusaha merapatkan jurang antara wacana politik serta realiti masyarakat, menjadikan perbincangan isu nasional lebih mudah diikuti dan inklusif.

Mengedalikan segmen radio dengan gaya penyampaian santai dan berinformasi.

 

The Malaysia Book of Records 2024: Siaran radio tanpa henti paling lama ketika mendaki Gunung Kinabalu.
The Malaysia Book of Records 2024: Siaran langsung radio luar bangunan yang pertama dan terdalam dilakukan di bawah air di laut terbuka oleh personaliti radio.
Rekod ASEAN 2025: Siaran langsung radio luar bangunan yang pertama dan terdalam dilakukan di bawah air di laut terbuka oleh personaliti radio.

Membantu merangka dasar, program dan inisiatif pembangunan belia negeri Johor.

kj-khairyjamaluddin-belia-johor-1

Menyumbang analisis dasar serantau, menulis artikel serta memberi pandangan strategik mengenai politik dan pembangunan Asia Tenggara.

kj-khairyjamaluddin- ISEAS

Terlibat menentukan keputusan strategik dan hala tuju pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim FC.

Menyokong pembangunan, penyelarasan dan promosi sukan berbasikal di peringkat kebangsaan.

kj-khairyjamaluddin-pkbm

Menyumbang kepada strategi tadbir urus serta hala tuju perniagaan dalam sektor sekuriti dan pelaburan.

Memberi panduan strategik dalam pengembangan inovasi dan perkhidmatan dalam industri perubatan.

Anugerah & Pingat

Young Global Leaders 2005

World Economic Forum (WEF)

Wired Celebrity Award 2013

Shout! Awards

Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera 2016

Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)

Pingat Perkhidmatan Am 2017

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Trofi Emas 2023

The Appies Malaysia & Asia Pasifik

Penyampai Radio Popular

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke‑36 (ABPBH 36)

Keputusan Pilihan Raya

2008 : PRU12 – Parlimen Rembau (P.131)

Majoriti : 5,746 (12.15%)

Calon
Undian
Status
Khairy Jamaluddin (BN)
26,525
Menang
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
20,779
Kalah

2013 : PRU13 – Parlimen Rembau (P.131)

Majoriti : 18,357 (26.97%)

Calon
Undian
Status
Khairy Jamaluddin (BN)
43,053
Menang
Radzali A.Ghani (PKR)
24,696
Kalah
Abdul Aziz Hassan (IND)
325
Kalah

2018 : PRU14 – Parlimen Rembau (P.131)

Majoriti : 4,364 (5.91%)

Calon
Undian
Status
Khairy Jamaluddin (BN)
36,096
Menang
Roseli Abdul Gani (PKR)
31,372
Kalah
Mustafa Dolah (PAS)
6,028
Kalah

2022 : PRU15 – Parlimen Sungai Buloh (P.107)

Majoriti : 2,693 (2.08%)

Calon
Undian
Status
Khairy Jamaluddin (BN)
48,250
Kalah
Ramanan Ramakrishnan (PKR)
50,943
Menang
Mohd Ghazali Md Hamin (PAS)
29,060
Kalah
Mohd Akmal Mohd Yusoff (PEJUANG)
829
Kalah
Ahmad Jufliz Faiza (PRM)
279
Kalah
Syed Razak Alsagoff (IND)
165
Kalah
Nurhaslinda Basri (IND)
113
Kalah