
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan masa depan politik beliau sepatutnya dilihat dalam konteks kemampuan untuk membantu seramai mungkin rakyat, bukannya kepada mana-mana parti politik tertentu.
Kenyataan ringkas itu dimuat naik Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan melalui satu hantaran di Instagram.
Ia sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan penganalisis politik bahawa masa depan politik beliau masih terikat dengan UMNO, selain dakwaan dan spekulasi bahawa beliau merayu untuk kembali menyertai parti itu selepas dipecat.
Menurut laporan portal itu, rayuan Khairy untuk kembali menyertai parti berkenaan mungkin didorong oleh penilaian bahawa tiada parti lain yang benar-benar sesuai dengan cita-cita politiknya.
Laporan itu menyatakan bahawa Khairy mengemukakan surat rayuan berkenaan pemecatannya pada Januari 2023 melalui pembantunya.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu masih belum menerima surat berkenaan.
Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
URL Laporan Berita :